Jumaat, 1 Jun 2018

Penyokong kuat Umno akan terus setia, kata bekas menteri

 
Johari Abdul Ghani berkata parti tidak akan menghalang ahli yang meninggalkan mereka jika merasakan perjuangan Umno tidak lagi relevan.


Johari Ghani berkata Umno tidak akan menghalang ahli yang mahu menyertai Pakatan Harapan. (gambar Twitter)


PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata mereka yang masih percaya pada masa depan Umno dan ideologinya akan terus bersama dan meneruskan perjuangan selepas kekalahan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

Beliau berkata Umno tidak boleh menghalang mereka yang sudah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Harapan.

Mereka yang mahu menyertai parti lain berhak berbuat dmeikian. “Jika mereka merasakan perjuangan Umno tidak lagi relevan kepada mereka, mereka boleh mengubah sokongan mereka.”

Ini kerana keberadaan akan menyukarkan usaha golongan yang mahu memberikan nafas baru kepada parti dan menguatkannya, katanya.

Johari memberi contoh ahli PAS yang kekal bersama parti mereka walau apa pun prestasi pilihan rayanya. “Walau apa pun berlaku mereka kekal bersama parti kerana mereka percaya pada cita-cita PAS,” katanya.

Johari tewas di Parlimen Titiwangsa di tangan pendatang baru dari PPBM, Rina Harun, dengan 4,139 undi pada hari mengundi 9 Mei.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu ini berkata gabungan itu sedia menerima ahli Umno jika mereka meletakkan keahlian parti asal dan menjadi “bebas”.

Beliau berkata parti komponen PH menerima 1,000 permohonan sehari daripada mereka yang berminat menjadi ahli, antaranya daripada ahli Umno.

Johari berkata orang yang meyertai politik percaya mereka boleh menyumbang kepada negara, sama ada dalam kerajaan atau pembangkang.

Bagaimanapun, mereka dalam kerajaan dan pembangkang mesti menghormati undang-undang.

“Sekarang, jika kerajaan semasa merasakan kerajaan dulu tidak ikut kedaulatan undang-undang, mereka boleh berikan teladan,” katanya.

Tiada ulasan: