Apakah Kerajaan Malaysia telah
ketandusan tokoh peguam muslim yang berkaliber tinggi untuk mengisi post
Peguam Negara?”tanya beliau. – HARAKAHDAILY
Selasa, 5 Jun 2018
Peguam Negara: PAS bukan anti non-Muslim
HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Bantahan tegas PAS terhadap cadangan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara bukan kerana sikap anti non-Muslim. “Saya lihat ada pihak cuba manipulasi
bantahan majoriti umat Islam ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat,
Ustaz Nasrudin Hassan menerusi laman Facebook. Jelasnya, PAS tidak persoal ilmu, kemahiran dan profesionalismenya sebagai peguam yang handal. Menurutnya, apa yang umat Islam bantah ialah cadangan pelantikan beliau ke platform Peguam Negara. “Bukan bermakna lawyer yang handal,
sesuai mengisi post rasmi sebagai penasihat undang-undang YDPA (Yang
di-Pertuan Aging) dan Kerajaan Malaysia,” katanya lagi. Beliau berkata, Malaysia kini menghadapi banyak isu mengenai kedudukan dan wibawa syariat Islam dalam negara. Ini, ujarnya memerlukan Peguam Negara
yang mampu memberi nasihat dengan tepat dan bertindak dengan bijak demi
keutuhan Islam di Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan