Sabtu, 2 Jun 2018

Mohamad Hasan tanding timbalan presiden Umno

THE MALAYSIAN INSIGHT

Mohamad Hasan tanding timbalan presiden Umno
Bekas menteri besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan berkata beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan ahli serta hala tuju parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14. – Gambar Facebook,
 
BEKAS menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada pemilihan parti itu, menjadikannya pemimpin Umno pertama tampil menyatakan hasrat untuk jawatan nombor dua tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan ahli serta hala tuju parti selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

"Saya akan menghantar pencalonan secara online pada petang ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

"Saya akan pastikan Umno mendapat nafas baharu dan kembali ke landasan asas penubuhan parti demi mengembalikan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara," katanya, seperti dipetik Utusan Online.

Tiada ulasan: