Khamis, 21 Jun 2018

'Kalau saya menang, 50% gaji disumbang pada Pemuda Umno'

MALAYSIAKINI

   

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berjanji akan menyumbang 50 peratus gajinya sebagai senator kepada pergerakan itu jika dipilih sebagai ketua Pemuda dalam pemilihan lusa, 23 Jun.

“Saya nak umum, memandangkan saya seorang senator dan saya tahu parti saya sebagai parti pembangkang, maka atas komitmen peribadi saya, saya berikrar 50 peratus gaji saya sebagai senator disumbangkan kepada Pergerakan Pemuda untuk membantu kewangannya.

“Maknanya, saya akan beri 50 peratus gaji saya sebagai senator untuk dimasukkan ke dalam tabung Pemuda Umno,” katanya.

Gaji bulanan senator adalah RM11,000 sebulan, tidak termasuk elaun.

Khairul akan bertanding merebut jawatan nombor satu Pemuda Umno dengan beberapa pihak, termasuk Pemuda Umno Pahang Datuk Mohd Shahar Abdullah dan bekas timbalan menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: