Isnin, 25 Jun 2018

Dr Maza kesal kerajaan PH cemari bahasa kebangsaan

Manzaidi Mohd Amin

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Dr Mohd Asri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin bimbang negara akan dilanda keadaan tidak damai dan tenteram sekiranya pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menjaga bahasa kebangsaan dalam pertuturan dan kenyataan rasminya.

Katanya, negara sejak sebelum merdeka lagi mempunyai identitinya tersendiri dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Negara ini ada identitinya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Tiada masalah dengan bahasa kebangsaan itu sejak sekian lama.

“Ia bukan punca pertelingkahan, bahkan ia antara sebab perpaduan di negara kita. Di Indonesia, bahasa Indonesia diangkat.
Semua kaum di sana fasih berbahasa negara mereka,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menggunakan sepenuhnya bahasa Mandarin dalam ucapannya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Dr Mohd Asri memberi peringatan kepada kerajaan baharu (PH) jika awal-awal lagi identiti yang menyatukan rakyat itu hendak dicemari, ianya adalah satu petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tenteram akan melanda negara ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: