Isnin, 11 Jun 2018

Dengan ketegasan Dr Mahathir, Jho Low sedia bantu siasatan



Dengan ketegasan Dr Mahathir, Jho Low sedia bantu siasatan
Jho Low adalah dalang 1MDB, skandal kewangan rentas negara yang menjadikan Malaysia sebagai kleptokrasi global.– Gambar EPA
 
REPUTASI Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang tegas dan sikapnya yang keras terhadap Low Taek Jho nampaknya jadi faktor yang menyakinkan ahli kewangan yang melarikan diri itu membantu siasatan 1MDB.

Hanya beberapa hari selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 10 Mei, beliau menerima sepucuk surat yang diserah tangan daripada lelaki yang jadi buruan itu.

Tidak jelas apa kandungan surat itu tetapi kalau Jho Low sangka dia boleh memenangi hati Dr Mahathir dengan menulis surat kepadanya, dia silap.

Kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak sedikit pun berkendur sebaliknya menggiatkan lagi siasatan skandal 1MDB. SPRM mengeluarkan notis mengkehendaki Jho Low bagi membantu siasatan melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Tidak lama selepas itu, waran tangkap dikeluarkan terhadap orang kepercayaan Najib Razak itu dan orang penting dalam siasatan 1MDB di Singapura dan di Amerika Syarikat.

Dalam tempoh 48 jam, ahli kewangan itu dan peguamnya menghubungi SPRM dan agensi kerajaan yang lain menawarkan bantuan kepada kerajaan Malaysia dalam siasatannya terhadap skandal 1MDB.

Sumber kerajaan memberitahu The Malaysian Insight, kerjasama ini termasuk mengenal pasti aset di luar negara yang telah dibeli menggunakan dana daripada syarikat pelaburan negara itu serta memulangkan dana atau aset.

Peguam Jho Low hanya mahu mengesahkan anak guam mereka ada berhubung dengan SPRM.
Najib Razak yang dahulunya kebal kini sudah tidak. Beliau kini jadi tumpuan siasatan pelbagai skandal korupsi, terbesar adalah 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Jun, 2018.
Najib Razak yang dahulunya kebal kini sudah tidak. Beliau kini 
jadi tumpuan siasatan pelbagai skandal korupsi, terbesar adalah 
1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight
Tidak jelas sama ada perbincangan seterusnya antaranya dan pihak berkuasa Malaysia akan dibuat di negara lain atau melalui e-mel atau panggilan telefon.

Apa yang jelas pihak berkuasa Malaysia sedia bertolak ansur untuk mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Jho Low.

Jho Low, yang tidak diketahui berada di mana, adalah tokoh utama dalam siasatan di serata dunia terhadap 1MDB. Dia sebelum ini pernah dilihat di Thailand, Hong Kong, Macau, China dan di Asia Barat.

Tetapi Dr Mahathir sendiri mengaku tahu di mana dia berada dan menangkapnya adalah dua perkara yang berbeza.

"Kita cuba menangkap Jho Low tetapi dia tidak ada dalam negara dan kita tidak ada hak ekstradisi di negara tempat dia tinggal," kata Dr Mahathir baru-baru ini.

Menurut peguam, sekiranya Jho Low ada di negara yang Malaysia ada hak ekstradisi, membawa pulang seseorang yang diwakili peguam terkemuka akan mengambil masa. Begitu juga, untuk mendapatkan aset yang diperolehi menggunakan dana yang diseleweng daripada 1MDB.

Jadi, jalan terbaik bagi SPRM dan pihak berkuasa Malaysia yang lain adalah membuka saluran hubungan dengan Jho Low untuk mendapatkan semula dana dan aset yang ada kaitan dengan penyelewengan 1MDB.

Tiada ulasan: