Isnin, 25 Jun 2018

Bekas pegawai khas Najib direman bantu siasatan 1MDB

Muhammad Azizul Osman
xMGF25062018_Reman-Pembantu-Bekas-PM_02-681x454
Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak dibawa oleh pegawai SPRM untuk mendapatkan perintah reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Istana Kehakiman Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 
 

PUTRAJAYA – Seorang individu yang rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini ini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lelaki berusia 42 tahun merupakan bekas pegawai khas kepada Najib direman sehingga Ahad ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim.

Individu terbabit tiba di perkarangan Mahkamah Majistret jam 9.15 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia ditahan di ibu pejabat SPRM jam 9.45 malam semalam.

Ini merupakan tanggapan pertama melibatkan kes 1MDB. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: