Ahad, 3 Jun 2018

ASYRAF WAJDI TANDING JAWATAN KETUA PEMUDA




Demi melihat perubahan supaya UMNO kekal diterima masyarakat tanpa mengenepikan prinsip Islam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti pada kali ini.

Beliau bakal bersaing merebut jawatan itu dengan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Khairul Azwan Harun pada pemilihan akan datang.

Asyraf yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau akan bertanding untuk menegakkan lima agenda utama yang perlu ditekankan kepada golongan muda UMNO iaitu pengkaderan, pentarbiyahan, pemantapan ilmu, pengukuhan jati diri dan pemerkasaan rohani.

“Berpandukan lima agenda inilah dengna penuh rasa keinsafan, amanah dan tanggungjawab saya menawarkan diri sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.


Tiada ulasan: