Selasa, 12 Jun 2018

Apakah Mubaligh Kristian Boleh Berdakyah di Hospital?


MYNEWSHUB.CC




AGENDA Kristianisasi yang pernah berlaku di Malaysia pernah menjadi topik hangat suatu ketika dahulu yang mana telah mengejutkan ramai pihak.

 

Kini menerusi media sosial, tersebar pula beberapa keping gambar mendakwa seorang individu yang dipercayai mubaligh Kristian cuba menyampaikan dakyahnya kepada seorang pesakit di sebuah hospital.

Pesakit yang terlantar itu sambil ditemani seorang wanita dilihat seakan cuba ‘disembuhkan’ oleh mubaligh tersebut yang mana seakan sedang dibacakan mantera kepadanya.

Pun begitu, kami sendiri tidak dapat memastikan di mana lokasi kejadian ini dirakam namun menurut sumber kejadian dipercayai berlaku di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Persoalan pertama yang bermain difikiran adalah jika benar individu berkenaan adalah seorang mubaligh kristian, mengapakah pihak pengurusan hospital seakan membenarkan dia bebas menjalankan ‘kerjanya’.






Rata-rata warga netizen pula melahirkan rasa kurang senang apabila mendakwa golongan-golongan ini nampaknya sudah semakin berani menunjukkan ‘taringnya’.

Lebih-lebih lagi selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan persekutuan, di mana dalam kalangan pemimpin didominasikan oleh golongan bukan Islam.

Malah netizen juga menyeru agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat segera penularan gambar berkenaan.

Seperti yang sedia maklum, perkara tiga dalam Perlembagaan menyatakan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam negara dan merupakan agama yang dianuti majoriti rakyat di negara ini selain agama-agama lain boleh diamalkan dengan harmoni.

Namun tidak bermakna golongan-golongan mubaligh Kristian di negara ini secara terangan-terangan boleh ‘berdakwah’ atau cuba menukarkan orang Islam kepada agama lain. – MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: