Anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan mencabar bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi jawatan timbalan presiden Umno.
Annuar berkata beliau membuat keputusan itu selepas perbincangan dengan pemimpin kanan parti di peringkat kebangsaan dan negeri, serta mengambil kira situasi semasa parti.
"Saya dengan penuh rasa tanggungjawab memaklumkan bahawa saya akan menawarkan diri untuk bertanding pada jawatan timbalan presiden Umno Malaysia dalam pemilihan parti.
"Kepada Allah SWT saya berserah. Semoga segalanya berjalan dengan baik, dan kesetiaan saya kepada parti demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara akan terus saya pertahankan.
Setakat ini hanya Annuar dan Mohamad yang dicalonkan bagi jawatan nombor dua itu.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang menjadi pemangku timbalan presiden selepas Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden, mengatakan beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan tertinggi dalam Umno.
Pencalonan untuk pemilihan Umno ditutup pada 17 Jun ini dan pengundian akan berlangsung pada 30 Jun 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan