SHAH ALAM: Pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan), Darell Leiking
'ragu-ragu' dengan tawaran pembahagian kerusi 60-40 yang ditawarkan
Pakatan Harapan (PH).
Ia berikutan tawaran itu hanya datangnya daripada pemimpin DAP Sabah, Stephen Wong dan bukannya pimpinan tertinggi PH.
“Apa yang mengejutkan saya adalah tawaran itu seharusnya dibincangkan
antara PH dan Warisan terlebih dahulu dan bukannya diumumkan secara
sepihak melalui media.
“Apa lagi ia cuma dibuat oleh timbalan pemimpin PH Sabah,” kata Leiking
yang juga Timbalan Presiden Warisan Sabah. menerusi kenyataan medianya.
Leiking menambah, ia adalah tindakan yang tidak bijak kerana partinya
belum pernah menerima apa-apa tawaran daripada PH berhubung pembahagian
kerusi di negeri itu.
Terdahulu, Wong bertindak mengumumkan formula 60-40 itu kepada wartawan
yang kemudian barulah diumumkan sekali lagi Timbalan Presiden PH, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya semalam.
Muhyiddin ketika itu berkata beliau berharap isu agihan kerusi di Sabah
dan juga negeri lain membabitkan PH dan pembangkang yang lain
diselesaikan pada hujung bulan ini.
Untuk rekod, formula 60-40 adalah PH bersetuju untuk Warisan meletakkan
60 peratus calon di kerusi sementara gabungan itu mendapat bakinya (40
kerusi DUN).
Pun begitu, Warisan perlu bersetuju untuk PH meletakkan 60 peratus
calon di kerusi Parlimen dan bakinya adalah milik parti pimpinan Datuk
Seri Shafie Apdal itu.
Mengulas lanjut Leiking berkat pihaknya ingin tahu sama ada formula
60-40 itu juga akan digunakan di kerusi kawasan bandar dan separa
bandar, yang menurutnya merupakan kerusi yang dituntut DAP.
“Kita perlu pertimbangkan pelbagai faktor seperti perwatakan pemimpin
tempatan parti yang ingin bertanding di kerusi tertentu, jentera dan
aktiviti politik parti itu, dan penerimaan penduduk di kawasan itu,
sebelum mencapai keputusan,” katanya.
No comments:
Post a Comment