KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari
ini, atas tiga tuduhan merogol kekasihnya berusia 15 tahun pada tahun
lalu.
Mohamad Shahdan Zulkifli, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah
sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Dia didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan ketika
kejadian di sebuah rumah di Kampung Teluk Tapang di sini, pada jam 11.30
malam 10 Oktober lalu.
Bagi pertuduhan kedua, pemuda berkenaan dituduh merogol mangsa sama di
lokasi sama pada jam 11.30 malam, pertengahan November 2017.
Tertuduh turut didakwa merogol remaja terbabit di sebuah rumah kosong
di Kampung Tapang pada jam 5 petang, penghujung November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan Mohamad Shahdan diikat jamin dan menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes.
No comments:
Post a Comment