DETIK DAILY
Oleh Fathi Aris Omar
Aku rasa individu atau kumpulan yang terlibat dengan #UndiRosak ini ada tiga, sekurang-kurangnya ada tiga:
1. Mereka yang rancak berkempen di media sosial saat ini. Boleh jadi
mereka aktivis atau individu biasa. Mereka ini tidak ramai tetapi aktif
dan lantang. Mereka kemungkinan besar antikerajaan tetapi mengambil
sikap tidak mahu bersama pembangkang.
2. Mereka yang tidak mempunyai minat mendalam pada politik dan pada parti tertentu. Tetapi mereka ambil tahu serba sedikit tentang
politik. Atau, ikutinya daripada rakan-rakan. Mereka boleh pergi dan
boleh tidak pergi. Kempen 1 tadi kemungkinan besar membawa kesan pada
mereka pada saat ini. Kempen 1 menggosok "cas elektrostatik" golongan 2.
3. Ahli parti dan
penyokong tegar yang marah calon baru (tidak ikut kehendaknya atau
partinya). Jadi mereka tidak berasa perlu menyokong calon atau parti
itu. Menjelang penamaan calon dan sejurus selepas hari itu, tanda pagar
#UndiRosak akan muncul semula.
Dalam kategori 3, selalu juga
mereka lakukan senyap-senyap kerana bimbang natijahnya jika berkempen
terbuka. Sama ada orang BN atau PH, pasti ada mereka jenis 3 tidak lama
lagi. Pasti ada!
Ada pun yang lain-lain, majoriti warga 21 tahun
ke atas, akan keluar mengundi. Mereka akan memangkah calon dan parti
masing-masing. Mereka ini majoriti terbesar.
Sebahagian lagi
majoriti adalah mereka yang tidak mendaftar sebagai pemilih. Ada pula
yang sudah berdaftar tidak akan keluar mengundi. Pilihan ini lebih
menarik: tidak perlu bersusah payah beratur!
Tanpa kempen
#UndiRosak, pada pilihan raya 2013, terdapat 332,297 undi rosak.
Peratusannya makin mengecil setiap kali pilihan raya umum. Sebarang
kenaikan jumlah ini bolehlah dikatakan "kejayaan" kempen kumpulan 1 di
atas.
Namun tidak memadai dilihat begitu. Lihat juga jumlah atau
peratusan mereka yang tidak keluar memangkah. Mungkin mereka juga
menyokong #UndiRosak tetapi malas beratur dan susah payah.
Kempen jenis kumpulan 1 ini hanya boleh dijayakan oleh aktivis atau
penyokong tegar atau mereka yang betul-betul dalam dilema. Ia memerlukan
"penyertaan aktif", memerlukan tenaga, emosi dan gerak kerja.
Pendek kata, ia sangat sukar dijayakan jika sasaran mereka tidak
mempunyai emosi dan tenaga penolakan yang kuat. Macam tenaga penyokong
pembangkang dan penentang kerajaan selama ini.Mereka buat apa sahaja
sehabis daya walau terang benderang kekalahan.
Tenaga ini memang banyak dan luar biasa. Tenaga inilah yang menyerang habis-habisan kumpulan 1 saat ini.
Kumpulan 1, pada tanggapan saya, tidak mempunyai tenaga ini dalam
jumlah yang besar. Tetapi cukuplah, buat masa ini, untuk meriuhkan alam
maya dan untuk mengisi beberapa slot bahan berita.Sebagai gejala
politik, ia tetap menarik untuk diperhatikan, dari dekat atau dari jauh.
No comments:
Post a Comment