BATANG LUPAR: PAS
Kawasan Batang Lupar telah mengadakan edaran apron "Untukmu Sarawak"
kepada peniaga-peniaga kecil sekitar Pasar Pusa, di sini kelmarin.
Edaran percuma apron tersebut kepada
para peniaga adalah sebahagian usaha pendekatan untuk mendekati dan
memasyarakat PAS di kawasan itu.
Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sarawak,
Khairul Ismail yang turut serta memaklumkan, program itu adalah
julung-julung kali diadakan di Pusa yang terletak dalam Parlimen Batang
Lupar.
Para peniaga menerima kehadiran dan
sumbangan apron pihak PAS itu secara terbuka dan berharap program
seumpama dapat diadakan di kawasan-kawasan lain.
Selain edaran apron itu, PAS mengambil
kesempatan menyampaikan informasi mengenai aktiviti kebajikan yang
dianjurkan kepada para peniaga dan masyarakat selaras dengan tema PAS
iaitu Untukmu Sarawak.
Khairul turul menyatakan harapan agar
masyarakat di sekitar Pusa dan Parlimen Batang Lupar dapat memberikan
sokongan kepada PAS dalam Pilihan Raya Umumakan datang demi
merealisasikan agenda kebajikan di kawasan ini. -HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment