ISMA WEB
KOTA KINABALU
– Dakwaan harga ikan di pasaran meningkat sehingga 50 peratus berikutan
bekalan dan tangkapan yang berkurangan adalah tidak benar, kata
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sabah, Dr Ahemad Sade.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati bekalan ikan masih banyak dan harga masih terkawal.
“Sebagai
contoh harga ikan di pasar pada semalam… ikan Tamban dijual RM6 sekilo
danikan Tulai RM8 sekilo,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari
ini.
Beliau
berkata, dakwaan mengenai jumlah tangkapan yang dikatakan menurun
sehingga 50 peratus juga dan berdasarkan data yang diperolehi,
pendaratan ikan marin di Sabah adalah konsisten sejak tahun lepas.
“Pendaratan
bagi tahun 2017 adalah sebanyak 161,424 tan metrik dengan nilai RM
938.3 juta dan ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016, iaitu
sebanyak 159,773 tan metrik dengan nilai RM 820.0 juta.
Sementara itu, Ahemad berkata, kerajaan menetapkan syarat yang cukup ketat ke atas permohonan lesen menangkap ikan laut dalam.
“Hanya
warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah sahaja yang layak diberikan
lesen menangkap ikan laut dalam di perairan negeri ini.
“Setiap
vesel laut dalam diwajibkan memasang MTU (Mobile Transceiver Unit) dan
plat penanda khas bagi memudahkan pemantauan serta pengesahan sama ada
sesuatu vesel berkenaan adalah vesel asal atau diklon.
Sehubungan
itu, Ahemad berkata, kerjasama yang sedia ada dengan agensi
penguatkuasaan lain terutamanya dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia (APMM) akan terus dimantapkan bagi menangani masalah vessel
diklon.- Bernama
No comments:
Post a Comment