Friday, January 26, 2018

Polis soal Siti Hasmah

 
Ia susulan kehadirannya di perhimpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' di KL September lalu.

siti-hasmah


KUALA LUMPUR: Polis hari ini akan menyoal siasat Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan bantahan wanita di Kuala Lumpur pada September lalu.

Pembantunya memberitahu FMT, Siti Hasmah, 91, isteri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan disoal siasat di Yayasan AlBukhary, di ibu negara.

Marina-Mahathir

Perhimpunan “Wanita Bantah Politik Toksik” pada 10 September lalu dihadiri kira-kira 1,000 orang, termasuk ahli politik pembangkang dan aktivis hak asasi.

Siti Hasmah dan Dr Mahathir, kedua-duanya membuat ucapan di depan orang ramai yang berkumpul di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum berarak ke Kompleks Pertama di pusat bandar.

marina-tweet

Anak sulung pasangan itu, Datin Paduka Marina Mahathir turut hadir di Yayasan AlBukhary, menyatakan sokongannya bersama beberapa pemimpin NGO dan aktivis wanita.

“Berangkat untuk memberi sokongan kepada ibu ketika dia disoal siasat polis kerana ucapannya di #wanitabantahpolitiktoksik September lalu. Bayangkan! Beberapa orang daripada kita menemaninya. #whatisthiscountrycomingto,” tulisnya di Twitter.

No comments: