PORT DICKSON: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut
membabitkan empat warga Singapura di simpang tiga di Jalan
Lukut-Sepang, Port Dickson petang semalam, direman empat hari bagi
membantu siasatan.
Perintah tahanan reman sehingga 8 Januari itu dikeluarkan oleh
Majistret Siti Khairiah Abd Razak di Mahkamah Majistret di sini hari
ini.
Tertuduh berusia 54 tahun itu ditahan bagi membolehkan siasatan lanjut
dijalankan mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana
memandu secara berbahaya dan mendatangkan bahaya kepada orang awam.
Terdahulu, tertuduh yang memakai pakaian lokap polis bewarna ungu
dibawa ke perkarangan Kompleks Mahkamah sekitar 8.30 pagi dengan
diiringi anggota polis.
Dalam kejadian 2.30 petang semalam, sepasang suami isteri, Rosli Samad,
54 tahun dan Maimunah Sapari, 51 tahun serta dua anak mereka Dayana, 19
tahun dan Nor Amalina, 21 tahun yang merupakan warga negara Singapura
maut apabila kenderaan jenis Honda Stream yang dinaiki mereka dirempuh
sebuah lori.
Lori yang datang dari arah Sepang, Selangor dikatakan gagal
memberhentikan kenderaan lalu melanggar tiga kereta dan sebuah motosikal
yang berhenti di lampu isyarat di persimpangan itu.
Pemandu lori berkenaan kemudian menyerah diri kira-kira jam 5.30 petang semalam di Balai Polis Trafik, Port Dickson.
Kemalangan itu turut menyebabkan lima yang lain cedera.
No comments:
Post a Comment