Friday, January 26, 2018

Obor perjuangan PAS Kota Raja teguh

SAIDAH HAIRAN

 
 
KOTA RAJA: Dakwaan mengatakan PAS Kawasan Kota Raja lumpuh selepas pimpinan utama kawasan keluar parti dan menyertai PAN tidak benar sama sekali.
 
Tindakan pimpinan utama Kawasan diikuti Cawangan keluar PAS sebenarnya tidak memberi kesan besar, sebaliknya menghadirkan dorongan semangat kepada ahli PAS sedia ada.
 
Bagaimanapun tidak dinafikan terdapat sedikit kelopongan di bahagian tertentu dan ia dapat diatasi dalam tempoh singkat setelah pelantikan pimpinan baru.
 
Kepimpinan baru yang lebih berpengalaman di peringkat akar umbi dengan sokongan ahli telah meneruskan usaha dan gerak kerja dengan lebih aktif dan serius.
 
Yang Dipertua PAS Kawasan, Mohd Diah Baharun menggambarkan keyakinan beliau bahawa PAS Kota Raja dapat mempertahankan kemenangan kerusi Parlimen yang dibawa lari oleh penyadangnya, Dr Siti Mariah Mahmood.- HARAKAHDAILY

No comments: