Wednesday, December 20, 2017

Tikam, gilis lelaki: Polis tahan dua suspek, buru dua lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
Polis menahan dua daripada empat suspek kes pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di Johor Bahru kelmarin pada malam kejadian.
 
Menurut sumber, suspek yang membunuh Tan Aik Chai, 44, ditahan kenderaan pelbagai guna (MPV) polis yang berjaya mengejar penjenyah tersebut.
 
“Sebuah MPV berjaya mengesan dan mengepung kereta BMW 520i yang dinaiki suspek. Penjenayah tersebut tidak sempat menukar nombor pendaftaran kereta yang digunakan pada malam kejadian.
 
“Ketika ini usaha mengesan dua suspek sedang dilakukan dan semua mereka sudah dikenal pasti dan sedang diburu,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia hari ini.
 
Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Aik Chai mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta BMW 520i oleh sekumpulan empat lelaki.
 
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama isterinya yang juga seorang wanita warga asing sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan, sebelum tiba-tiba didatangi suspek yang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka.
 
Mangsa yang tinggal di Taman Perling dilaporkan berjaya seketika meloloskan diri namun dilanggar dan digilis dengan kereta sebelum keempat-empat lelaki tersebut melarikan diri.
 
Video mengenai kejadian itu yang dirakam orang ramai di lokasi kejadian kemudian tular di media sosial.
 
Semalam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata motif pembunuhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.
 
 

No comments: