KUALA LUMPUR: Amaran waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi (Met
Malaysia) di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Johor berikutan hujan
lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku esok.
Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Kota Bharu,
Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di
Kelantan, Kuantan, Rompin dan Pekan di Pahang, Terengganu dan Mersing,
Johor.
Sementara ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka
berlaku di Segamat, Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi,
Johor Bahru, Kulai dan Pontian di Johor.
Menurut BH Online, keadaan yang sama dijangka berlaku di Ranau, Kudat dan Sandakan di Sabah pagi ini.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj)
dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di
kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga
Rabu ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Selain itu, pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur
terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka sehingga
Rabu ini.
Met Malaysia turut melapor ribut petir di Sungkai, Perak, Melaka, Johor
Barat, Sarawak dan Sabah yang dijangka berterusan sehingga pagi ini.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut
bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan
berbahaya kepada bot kecil.
No comments:
Post a Comment