OLEH ERMIZI MUHAMAD
BESTARI
JAYA: Sebuah ladang durian terbesar di negeri ini berkeluasan
400 ekar bakal diusahakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Pengurus
Besar Kumpulan PKPS, Tamby Omar Mohammed berkata, projek berkenaan akan
dibangunkan di pusat pertanian Selangor Fruit Valley, dalam tempoh
terdekat.
“Proses rundingan bersama agensi terlibat sedang dibuat bagi menjayakan hasrat ini.
“Namun
ia bergantung kepada pelan jangka panjang dan rundingan berterusan yang
akan dilaksanakan untuk tempoh selanjutnya,” katanya kepada
SelangorKini.
Md Saad berkata, cadangan projek pembangunan itu
dilaksakanakan bagi mempelbagaikan lagi tarikan terbaru di Selangor
Fruit Valley.
“Cadangan asalnya, tanah sedia di penanaman getah
itu akan diusahakan kawasan ladang durian baru yang dijangka akan
memberi pulangan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
“Pada masa sama, ia akan menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk melawat ke Selangor Fruit Valley,” katanya.
Terdahulu,
beliau ditemui pada Program Mountain Bike Selangor Fruit Valley
Challenge 2017 Cross Country Olympic XCO, di Selangor Fruit Valley, pagi
ini.
Untuk rekod, industri durian negara kini dilihat semakin
berpotensi dan berkembang pesat dengan pengeksportan raja buah itu ke
China.
Untuk rekod, durian Malaysia terutamanya Musang King
mendapat sambutan luar biasa di negara itu dengan perolehan nilai
pelaburan sekitar RM23 juta setahun.=EZY=
No comments:
Post a Comment