Wednesday, December 20, 2017

Hati mereka memang PH, tapi terikat bai'ah, kata Mursyidul Am PAS

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengesahkan ada wakil rakyat serta pimpinan parti yang 'hatinya' bersama Pakatan Harapan (PH) tetapi enggan meninggalkan parti gara-gara terikat dengan bai'ah yang dilafazkan sebelum ini.
 
Ketika dihubungi Antarapos, Hashim mengakui perkara itu namun enggan mendedahkan nama individu-individu berkenaan.
 
"Ya, saya juga mengakui demikian kerana tngkah laku beberapa orang Yang Berhormat yang masih berada dalam PAS secara terang-terangan menyokong atau menyebelahi PH dalam situasi yang ada sekarang ini.
 
"Itu betul tapi tak ramai, beberapa kerat sahaja dan saya rasa masyarakat telah tahu siapa mereka," katanya.
 
Diminta sekali lagi mendedahkan nama individu berkenaan beliau bagaimana tetap dengan pendiriannya namun memberitahu rakyat sudah tahu siapa yang dimaksudkan.
 
"Saya rasa tak perlu saya nak sebut sesiapa kerana pada pandangan saya orang dah tahu siapa mereka itu," katanya.
 
Sebelum ini, ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah bertindak keluar daripada PAS untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Amirudin juga tidak menolak akan ramai yang bakal mengikuti jejak langkahnya meninggalkan PAS berikutan tidak bersetuju dengan tindakan parti itu enggan bersama-sama menyertai PH.
 
PAS nekad dengan keputusannya enggan menyertai gabungan PH selepas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, sebaliknya menubuhkan Gagasan Sejahtera (GS) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
 

No comments: