OLEH SHEEDA FATHIL
SHAH
ALAM: Kad Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang dinantikan
rakyat bakal dilancarkan Januari ini oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’
Seri Mohamed Azmin Ali.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal
Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, pelancaran itu
dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada seluruh wanita, terutama
golongan ibu di negeri ini.
“Setiap
hari di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) seluruh Dewan Undangan Negeri
(DUN) sentiasa dipenuhi orang ramai yang hadir untuk memohon KISS.
“Selepas
perayaan Krismas ini, kami akan mula membuat tapisan dan memilih
pemohon yang layak menerima kad KISS,” katanya kepada SelangorKini.
Beliau berkata, setiap permohonan akan ditapis mengikut kategori ditetapkan.
“Kita faham dengan keadaan ekonomi kini, sudah pasti ramai tidak sabar untuk menikmati faedah yang diberikan,” katanya.
Terdahulu,
menerusi Belanjawan 2018, Mohamed Azmin mengumumkan program KISS dengan
pemberian RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan yang akan memberi
manfaat kepada 30,000 penerima.
KISS dikhususkan kepada wanita
berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah yang melayakkan mereka mendapat
bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung, peralatan
juga pakaian sekolah untuk anak di pasar raya serta kedai runcit yang
akan dikenal pasti.
No comments:
Post a Comment