Sunday, December 31, 2017

Tanah Felda: Tiada sidang media, elak salah faham - Isa Samad

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TELOK KEMANG: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengesahkan beliau tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar berhubung kes penipuan urusan pertukaran tanah milik Felda bernilai RM270 juta di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
 
Beliau berkata, tindakan tu bagi mengelak timbulnya sebarang salah faham mengenai isu kontroversi berkenaan.
 
"Tidak ada (sidang akhbar). Kalau nak cari gaduh, bolehlah. Kita bukan nak cari gaduh," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Program Kembali ke Sekolah Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dekat sini, hari ini.
 
Ketika ditanya adakah beliau sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes berkenaan, Isa memaklumkan, setakat ini beliau masih belum dihubungi pihak terbabit, menurut laporan Utusan Malaysia.
 
Baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, Mohd. Isa akan dipanggil selepas pihaknya meneliti setiap dokumen berkaitan dan merekodkan keterangan daripada pengadu kes tersebut dalam masa terdekat.
 
Kes tersebut disiasat sebagai penipuan dokumen mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

No comments: