Presiden
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata,
berdasarkan situasi semasa di Felda, apatah lagi skandal membabitkan
Tanah Felda di Jalan Semarak, Anak berkeyakinan 54 kerusi parlimen dan
92 Dun di Felda, bukan lagi simpanan tetap bagi kerajaan sedia ada.
Kehadiran Tun Dr Mahathir telah menarik sokongan ribuan warga Felda. Ia suatu gelombang yang tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan era reformasi pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
“Kerjasama erat melalui taskforce Anak-PPBM dengan aktiviti utama Jelajah Semarak Kasih Felda telah mendapat sambutan hebat masyarakat Felda.
“Insya-Allah kesedaran warga Felda khususnya Generasi Baru Felda, akan membuka ruang dan peluang pembentukan kerajaan baru yang telus dan beramanah,” kata beliau.
Jelas Mazlan, pelan pemulihan 100 Felda akan memberi keutamaan terhadap isu hutang dan pendapatan peneroka, rumah Generasi Baru Felda, dasar Belia & Wanita, yang tentu sekali diharapkan dapat mengembalikan Felda dilandasan yang betul.
“Pemulihan Felda, FGV, KPF dan Yayasan Felda serta pembangunan sosio ekonomi; melalui kepakaran anak anak peneroka sendiri, yang sedia berbakti, pastinya bakal memberi harapan baru yang dinanti-nantikan,” katanya lagi.
Dalam kenyataan yang sama Mazlan berkata, sebagai mewakili Anak, beliau mengucapkan tahniah dan syabas buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atas kejayaan Perhimpunan Agung Tahunan kali pertama semalam.
“Terima kasih mengundang Anak,” kata beliau.

No comments:
Post a Comment