ISMA WEB.
KUALA NERUS
– Kemerosotan jumlah pelajar yang memilih bidang sains di institusi
pengajian tinggi khususnya di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
dilihat semakin ketara.
Timbalan
Naib Canselor UMT, Prof Madya Dr Che Mohd Ruzaidi Ghazali berkata,
status pelajar yang mengambil bidang sains bagi lepasan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di UMT
hanya sebanyak 29 peratus dua tahun lepas.
“Bagaimanapun
tahun lepas pelajar yang memilih bidang itu merosot lagi kepada 27
peratus daripada 10,000 pelajar di universiti itu,” katanya kepada
pemberita selepas pertandingan debat Piala Debat Tamil Kebangsaan di
sini.
Pertandingan itu dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.
Che Mohd
Ruzaidi berkata, pengaruh luar atau pengaruh media yang kurang
mendedahkan kepentingan bidang sains dan teknologi mungkin menimbulkan
persepsi negatif pelajar terhadap bidang sains yang melibatkan
matematik, fizik dan kimia yang dianggap sukar dipelajari.
“Tetapi
sebenarnya kalau kena cara dan pendekatannya bidang sains ini adalah
sesuatu yang menyeronokkan dan menarik untuk dijadikan ruang mencapai
hasrat dalam bidang pekerjaan dan kerjaya,” katanya.
Sehubungan
itu, Che Mohd Ruzaidi memuji pendekatan kerajaanTerengganu yang
memperkenalkan program sains di sekolah bagi memberi pendedahan awal
terhadap bidang itu kepada pelajar di negeri ini.
“Sebab itu
adanya program sains diperkenalkan di Terengganu seperti Saintis Islam
dan sebagainya kepada pelajar tingkatan lima, enam dan sebagainya,”
katanya.- Bernama
No comments:
Post a Comment