ISMA WEB
BESUT– Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
meminta kerajaan menimbangkan dua perkara sebagai usaha meringankan
beban lebih 1.6 juta penjawat awam dalam menghadapi kos sara hidup yang
semakin meningkat.
Presidennya,
Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menjangka cabaran lebih berat bakal
dihadapi penjawat awam tahun depan berikutan kos sara hidup yang semakin
meningkat dan terpaksa ditampung dengan pendapatan bulanan mereka yang
kecil.
Katanya,
walaupun kerajaan memberi sedikit insentif yang dibayar mulai Januari
depan, ia didapati tidak dapat meredakan kesempitan hidup kakitangan
awam untuk jangka masa panjang, malah hanya berfungsi untuk tempoh yang
pendek sahaja.
Justeru,
Azih menambah, Cuepacs mencadangkan kerajaan mempertimbangkan agar
setiap kakitangan awam diberi insentif satu kenaikan gaji tahunan yang
didahulukan tanpa memansuhkan kenaikan gaji tahunan yang mereka dapat
pada tahun yang berkenaan.
“Cadangan
memberi satu kenaikan gaji ini perlu bagi menyeimbangkan kedudukan
penjawat awam di peringkat persekutuan dengan negeri-negeri yang kini
majoritinya mendapat amaun yang berbeza dalam gaji bulanan mereka,”
kata Azih kepada media selepas merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan
Cuepacs Negeri Kelantan di Institut Latihan Islam Wilayah Timur (ILIM),
semalam.
Selain
itu, Azih berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan agar menimbangkan
perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada
setiap penjawat awam di peringkat negeri terdiri daripada kakitangan
badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Katanya
buat masa ini kakitangan awam yang berkhidmat dalam sektor peringkat
negeri tidak mempunyai perlindungan berbanding kakitangan peringkat
persekutuan yang dilindungi skim ex-gratia dalam menghadapi bencana
ketika bekerja.
Azih
menambah walaupun kerajaan terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan
jika meletakkan mereka di bawah Skim Perkeso, namun ia akan dapat
membantu penjawat awam peringkat negeri dan keluarga mereka sekiranya
ditimpa bencana ketika bekerja. – Bernama
No comments:
Post a Comment