KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya berpangkat Datuk
terperangkap selepas dia memberitahu kepada pegawai polis bahawa dia
berada dalam pengaruh dadah.
Timbalan Ketua Trafik Bandar, Supritendan Ahmad Adnan Basri berkata,
suspek yang memandu kereta, dihentikan semasa operasi lalu lintas
kira-kira pukul 11 malam pada Jumaat.
"Dia membuat suasana kecoh, mempersoalkan mengapa dia dihentikan dan mendakwa mempunyai gelaran Datuk dari Pahang," kata Ahmad.
Polis tidak menemui sebarang barang terlarang pada lelaki itu tetapi menyedari bahawa suspek seolah-olah terkejut.
"Dia mengakui telah mengambil bahan haram. Ujian air kencing yang
dilakukan ke atasnya di ibu pejabat polis Dang Wangi positif menunjukkan
metamphetamine," katanya.
Tambah Ahmad, pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa dakwaan suspek mempunyai gelaran Datuk adalah palsu.
No comments:
Post a Comment