Keputusan yang dibuat lambang sikap 'bodoh sombong' menteri PH
BANGI
– “Menghentikan skim bantuan tanaman semula pekebun kecil getah amat
mengejutkan dan sangat dikesali. Ini malapetaka besar bagi 355,000
pekebun kecil getah di negara ini.
“Pakatan Harapan khususnya DAP bukanlah parti yang boleh diharap,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau
berkata demikian mengulas pengumuman Menteri Industri Utama, Teresa Kok
Suh Sim bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan
penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap
adil kepada semua pihak.
Menyifatkan
alasan itu sebagai dangkal, Sanusi menegaskan, jika Teresa Kok berkata
dengan melaksanakan langkah ‘semua pihak tidak dapat bantuan’ adalah
satu keadilan, maka langkah’memberi bantuan kepada semua pihak’ adalah
satu keadilan yang lebih baik dan perlu diutamakan.
Beliau turut
menyifatkan pengumuman tersebut sebagai lambang kejahilan dan sikap
‘bodoh sombong’ menteri PH dalam menguruskan hal ehwal pekebun kecil dan
penoreh.
“Di saat
komoditi getah sedang tenat dari sudut harganya, bayaran tanaman semula
yang menjadi hak pekebun berdasarkan peraturan yang sah, cuba dinafikan
pula. Kegilaan apakah ini?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas
lanjut, beliau berkata, ‘bantuan’ tanaman semula yang dipraktikkan
berpuluh tahun itu adalah bersumberkan cukai ses yang dikutip daripada
hasil jualan (eksport) getah para pekebun.
Katanya,
sejak tahun 1952, bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula
kebun getah pekebun kecil, kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan
Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan
kutipan cukai ses RM0.14 sen bagi setiap kilogram getah yang dieksport.
“Daripada
kutipan ses ini, 10 sen dikumpulkan untuk dipulangkan sebagai ‘bantuan’
tanaman semula sementara 4 sen lagi diperuntukkan untuk penyelidikan.
“Dalam skim
tanam semula bagi sektor ladang (keluasan melebihi 100 ekar/40.5 hektar)
terdapat peruntukan di bawah seksyen 10, Ordinan Kumpulan Wang
Perusahaan Getah (Penanaman Semula – 1952 setelah dipinda oleh Akta
RISDA 1972).
“Skim yang
dinamakan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet 1974,
memperuntukan supaya wang SES yang dipungut dikembalikan terus kepada
pemilik ladang-ladang besar (melebihi 40.5 hektar) dalam bentuk wang
tunai mengikut bukti pengeluaran mereka setiap suku tahun. Langkah ini
dibuat agar mereka dapat menguruskan sendiri pembiayaan tanaman semula
ladang mereka kelak,” katanya.
Bagaimanapun,
katanya, akibat PH menyerahkan satu urusan kepada orang yang bukan
ahlinya, maka langkah sumbang seperti ini telah terjadi
sewenang-wenangnya.
“Justeru,
PAS Kedah mendesak Teresa Kok menarik balik pengumuman itu serta merta,
dan memohon maaf atas kegagalan beliau mencari jalan keluar dalam krisis
harga getah yang merudum pada waktu ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment