KUALA LUMPUR – Gabungan Seni Khat Action Team (SEKAT) akan menggunakan National Skip School Day sebagai protes dan usaha terakhir agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguhkan pelaksanaan tulisan Jawi.
Setiausaha gabungan itu Arun
Dorasamy berkata, protes itu akan diadakan dengan kerjasama ibu bapa
yang mana tidak bersetuju anak-anak mereka belajar tulisan Jawi.
Justeru ujarnya, KPM perlu
mempertimbangkan beberapa aspek sebelum membuat keputusan melaksanakan
tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahun depan.
“Pada akhirnya bila semua ini tidak berhasil, kami akan adakan National
Skip School Day, Protes Ponteng Sekolah SeMalaysia dengan kerjasama
semua ibu bapa yang tidak mahu anak mereka diajar atau dipaksa belajar
Jawi. Ini langkah-langkah yang kita aturkan,” katanya ketika sidang
media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Arun terdahulu mendesak KPM menangguhkan
pelaksanaan tulisan Jawi dan mencadangkan agar mengadakan perbincangan
dengan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk dari Sabah dan
Sarawak.
SEKAT juga berpendirian bahawa kementerian sepatutnya fokus kepada usaha memperkasakan Bahasa Melayu.
Justeru Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee
Malik digesa untuk mengambil kira pendapat pelbagai pihak dan memberikan
kepercayaan penuh kepada semua pihak sebelum memperkenalkan tulisan Jawi di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan Jenis (SJK).
“Jom kita bincang. Menteri Pendidikan
tidak boleh mengenepikan anak jati Sabah dan Sarawak untuk berdialog.
Ketiga, semua rakyat setuju kita hendak perkasakan Bahasa Malaysia
adalah lebih penting daripada pengenalan Jawi.
“Meskipun ada penerangan beritahu ia tidak ada penilaian tapi kami tidak percaya sebab penerangan tidak jelas,” tambahnya.
Menyifatkan tulisan Jawi sebagai usaha
penerapan agama Islam, Arun turut mendakwa terdapat guru-guru yang
bimbang dengan keputusan kerajaan kerana menyedari tidak menguasai
tulisan Jawi.
“Ada khuatir
penguasa Jawi mereka mereka tidak ada mereka takut memperkenalkan Jawi
mereka akan kehilangan subjek itu sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut gabungan itu
mempertikaikan keputusan terbaharu KPM yang seolah-olah memberikan kuasa
kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan pelaksanaan
tulisan Jawi bagi SJK.
“Siapa yang berkuasa sebenarnya? Menteri atau PIBG? Baik tak payah buat dasar kalau beri kuasa kepada PIBG,” tambahnya.
Sebagai langkah awal, gabungan itu akan menghantar memorandum kepada KPM dan kertas kerja cadangan-cadangan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden
Persatuan Anak Borneo, Gangging @ Ling Sanggau berkata, bantahan anak
jati negeri Sarawak seiring dengan situasi di negeri itu di mana
majoriti pelajar di Sekolah Kebangsaan adalah bukan Muslim.
Katanya lagi, berbanding tulisan Jawi,
memperkasakan bahasa Inggeris juga adalah langkah yang tepat dan
sepatutnya dilakukan oleh KPM.
“Anak jati Sarawak tidak menyokong
tulisan jawi dan seni khat belajar di Sekolah kebanyakan di Sarawak anak
dayak non muslim saya juga tidak menyokong memandangkan di sekolah
agama sudah diajar kenapa nak di ajar di Sekolah Kebangsaan
“Mewakili Sarawak saya lebih menyokong
pandangan Ketua Menteri Sarawak ingin menguasai bahasa Inggeris itu
lebih daripada bahasa Jawi. Di Malaysia kita masyarakat majmuk dan
pelbagai kaum,” ujarnya.
Untuk rekod, selepas pelbagai bantahan kerajaan kekal dengan keputusan
pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada
murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan mulai
tahun 2020.
Namun ia perlu mendapat persetujuan PIBG serta ibu-bapa terlebih dahulu.
KPM sebelum ini telah pun memberikan
penjelasan tentang pelaksanaan tulisan Jawi yang antara lainnya tidak
akan mempunyai penilaian dan taksiran.
Untuk rekod, sebanyak 12 pertubuhan
pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan
memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK
Tamil (SJKT).
Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan
Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan Lembaga
Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) mendakwa, pengenalan tulisan
khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan
keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu.-MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment