Wanita 61 tahun dakwa bendera terbalik dipasang lelaki tidak dikenali
BUTTERWORTH– Polis merekodkan keterangan seorang wanita bagi membantu siasatan
berhubung dakwaan bendera Malaysia dipasang secara terbalik di
perkarangan rumah ayahnya di Teluk Air Tawar, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara
(SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berumur 61 tahun itu
mendakwa bendera berkenaan dipasang oleh seorang lelaki yang tidak
dikenalinya, selepas disuruh ayahnya yang berumur 89 tahun yang tidak
mampu memasangnya sendiri.
“Sewaktu sepasukan polis tiba di kediaman
itu untuk membuat siasatan, wanita itu memberitahu ayahnya yang juga
seorang pesara polis tiada di rumah kerana sedang menerima rawatan sakit
jantung di sebuah hospital di Ipoh,” katanya di sini.
Beliau berkata, polis telah mengambil
tindakan menurunkan bendera itu dan menyiasat kes berkenaan mengikut
Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak
memecahkan keamanan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil
1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM100. – Bernama
No comments:
Post a Comment