7,844 pendatang dihantar pulang sepanjang tempoh tahun ini
SANDAKAN– Seramai 911 pendatang asing warga Filipina dihantar pulang malam ini melalui Pelabuhan Sandakan di sini ke Zamboanga, Filipina
Pengarah
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yussof
berkata, mereka terdiri daripada 564 lelaki dewasa, 236 wanita, 63
kanak-kanak lelaki dan 48 kanak-kanak perempuan.
“Jumlah keseluruhan pendatang asing yang telah dihantar pulang tahun ini seramai 7,844 orang.
“Ini
menjadikan jumlah keseluruhan penghantaran pulang pendatang asing sejak
1990 seramai 585,868 orang,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Sh
Sitti Saleha berkata, operasi penghantaran pulang pendatang asing ke
negara asal mereka akan diteruskan sepanjang masa. – Bernama
No comments:
Post a Comment