Friday, August 23, 2019

Anwar gesa penganjur hentikan demo anti-Zakir Naik


Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
 
PETALING JAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim menggesa penganjur tunjuk perasaan “Say No To Zakir Naik” serta beberapa himpunan lain menghentikan penganjurannya kerana keadaan sudah reda susulan tindakan kerajaan.

Anwar berkata tiada keperluan untuk menunjuk perasaan kerana polis sudah melarang penceramah kontroversi dari India itu berceramah di seluruh negara.

“Maka meneruskan bantahan tersebut hanya akan meningkat serta memanaskan suhu politik negara sekali gus mengundang pelbagai reaksi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh untuk menyertai himpunan ini, bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat terpelihara.

No comments: