erajaan diasak pihak tertentu mahu penceramah diusir dari negara
BANGI
– Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pendakwah
terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik tetap tidak akan dihantar pulang ke
India.
Dr Mahathir demikian ketika ditanya sama
ada masih berpendirian sama seperti sebelum ini untuk tidak menghantar
pulang pendakwah berkenaan ke India.
“Pada saat ini, pendirian kita tidak berubah,” kata Dr Mahathir seperti dilapor media tempatan.
Kerajaan kini berdepan dengan pelbagai asakan serta gesaan ramai pihak yang mahu Dr Zakir diusir dari Malaysia.
Dr Mahathir sebelum ini bimbang Dr Zakir
tidak akan mendapat keadilan sekiranya beliau dihantar pulang ke India,
yang ketika ini didakwa berdepan pertuduhan pengubahan wang.
Dr Zakir kini disiasat pihak berkuasa
negara susulan kenyataannya terhadap India dan Cina ketika menyampaikan
ceramah anjuran negeri Kelantan baru-baru ini, yang disalah anggap dan
mendapat kecaman.
Sejak minggu lepas, Dr Zakir berulang
alik ke Bukit Aman untuk menjalani siasatan polis mengikut Seksyen 504
Kanun Keseksaan, iaitu berkait tuduhan sengaja mengaibkan dengan niat
hendak mengganggu keamanan, berdasarkan lebih 100 laporan polis dibuat
terhadapnya.
Dr Zakir yang mempunyai taraf
permastautin tetap Malaysia, berkata, beliau hanya akan menjawab soalan
pihak yang mahu beliau diusir ke India.
Awal minggu ini, beliau membuat
permohonan maaf secara terbuka kepada bukan Islam, sambil mendakwa
ucapannya sering disalah petik.
No comments:
Post a Comment