BANGI – Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa hari ini menyelar tindakan
guru kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang menggunakan media sosial
mencerca dirinya menggunakan ayat kasar baru-baru ini.
Meskipun tidak terasa dengan penghinaan tersebut namun Mujahid sedih apabila ia lahir daripada mulut seorang pendidik agama.
“Yang difikir kemarahan boleh
dilempiaskan di FB, atas mimbar, kuliah-kuliah ini tak tau cerdik ke
tidak. Ada seorang guru KAFA di Selangor. Saya tahu.
“Nak kata kat orang, orang ini ada anak
bini, daripda keturunam elok-elok ada tugas, ada maruah dalam
masyarakat. Kamu siapa? Bercakap ikut dan (ikut suka hati) sahaja.
“Saya nak bagi contoh bahasanya pun saya
malu. Macam inikah kita didik anak-anak kita? Kalau keluarkan kata
biadap tiba-tiba kita nak ajar erti akhlak mulia,” katanya ketika
menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Penyelia KAFA peringkat
kebangsaan 2019 hari ini.
Baru-baru ini di media sosial, seorang
individu yang dikatakan seorang guru KAFA menerusi Facebooknya bernama
Zaimi Geot mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Mujahid dengan
haiwan.
Tindakannya itu dipercayai berpunca ketidakpuasan hati
dengan kenyataan Mujahid menganggap pendakwah Dr Zakir Naik merendahkan
agama orang lain.
Beliau seterusnya mengingatkan bahawa semua guru KAFA dipantau apatah lagi cara menyampaikan pendapat yang berbeza.
Ujarnya merskipun beremosi dan marah tidak wajar dilempiaskan secara keterlaluan.
‘Guru KAFA yang meyanggah mudah sekarang untuk memantaunya jangan kata tuan lepas dari saya tuan tak akan lepas dari Allah,” tambahnya. -MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment