KUALA LUMPUR: Kejadian
beratus-ratus bangkai ikan ditemui terapung di permukaan Sungai Gombak
awal bulan ini, dipercayai berpunca daripada kekurangan oksigen, dan
bukannya akibat pencemaran.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Lumpur, Nor Aziah Jaafar berkata hasil siasatan awal, pihaknya percaya punca kematian ikan itu kebanyakannya jenis tilapia, disebabkan hujan lebat sehingga menyebabkan sedimen dasar sungai naik akibat arus deras, dan menutupi insang ikan itu.
Beliau berkata meskipun kualiti air Sungai Gombak berada di kelas III pencemaran iaitu tidak sesuai untuk aktiviti air, siasatan dilakukan tidak menemui sisa-sisa kimia boleh dikaitkan dengan keracunan seperti didakwa orang ramai yang curiga melihat insiden itu.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, kita mendapati kebanyakan insang bangkai
ikan itu diselaputi keladak dasar sungai yang menjadi punca ikan-ikan
itu mati akibat kekurangan oksigen. Kita turut merujuk Jabatan Perikanan
untuk kesahihannya.
"Namun, kita masih giat menjalankan siasatan bagi mengetahui punca lain kerana terdapat banyak air daripada longkang awam yang disalirkan ke dalam sungai tetapi tidak ada bangunan industri yang berdekatan," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Nor Aziah berkata sampel yang diambil pihaknya telah diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis dan keputusannya dijangka dapat diketahui dalam tempoh sebulan.
Kejadian ratusan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Gombak, berhampiran Jalan Pekeliling Lama pada 9 Ogos lalu, tular di media sosial dan menggemparkan orang ramai yang melihat perkara itu.
Dalam pada itu, Nor Aziah berkata sebuah pasukan petugas khas telah ditubuhkan pihaknya bagi menyiasat lebih terperinci berhubung kejadian itu. -- BERNAMA

No comments:
Post a Comment