Orang ada masalah otak saja kata pasang bendera terbalik tak salah
BANGI
– Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari diingatkan supaya
berhenti menjadi wakil rakyat dan mendaftar ke kelas Perlembagaan untuk
belajar semula mengenai jati diri bangsa dan negara.
Naib Presiden Parti Barisan Jemaah
Islamiah (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, Aziz Bari
perlu segera berbuat demikian supaya masalah pemikiran yang dihadapinya
tidak menjadi semakin kronik.
“Masalah pemikiran Aziz Bari ini dipercayai kemungkinan akibat terlampau taksub dengan parti DAP.
“Tidak ada sesiapa yang akan berkata
kepada orang yang memakai baju terbalik di khalayak awam ‘tak mengapa,
tak salah dari segi undang-undang’ kecuali orang yang memakai baju dan
yang menuturkan ungkapan itu dilihat sebagai ada masalah di otak
mereka,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai membidas
kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebing Tinggi semalam,
bahawa tiada undang-undang yang menyatakan memasang Jalur Gemilang
secara terbalik adalah satu kesalahan.
Semalam, Exco kerajaan negeri Perak itu
menganggap isu memasang bendera secara terbalik sebagai kecil dan
terpencil, tetapi menjadi panas apabila disebarkan menerusi media
sosial.
Bagaimanapun, setelah menerima kecaman
daripada pelbagai pihak, Aziz Bari mendakwa kenyataan beliau telah
disalah tafsir dan sengaja dijadikan isu oleh golongan ekstremis kanan
bertujuan memburukkan dirinya dan juga DAP.
Sebelum ini tular dalam media sosial
mengenai pemasangan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik di
sebuah sekolah di Pahang.
Selain itu, sebuah pusat pameran, jualan
dan servis kenderaan di Sungai Isap juga dikatakan memasang Jalur
Gemilang terbalik, dan difahamkan permohonan maaf sudah dibuat.
No comments:
Post a Comment