Sunday, August 25, 2019
Ditawar kadar tukaran tinggi sebelum 3 warga Afrika samun AS$101,500 milik peniaga
KUALA LUMPUR: Tiga individu yang ingin membuat urusan pertukaran wang asing bukan sahaja cedera ditumbuk, malah duit berjumlah AS$101,500 turut lesap disamun 3 lelaki, dipercayai warga Afrika di Taman Ampang Jaya. di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Noor Azmi Yusoff berkata, dalam kejadian pada pukul 3.09 petang semalam itu, 3 individu, termasuk seorang wanita berusia antara 48 dan 58 tahun itu ditawarkan tukaran mata wang AS$ kepada Ringgit Malaysia dengan harga RM6 bagi AS$1.
“Pada awalnya, mangsa keluarkan wang dan menukarnya ke dollar (AS$) untuk membuat pembayaran urusan perniagaan… namun, mereka didatangi seorang wanita yang menawarkan untuk menukar duit itu ke Ringgit Malaysia dengan harga yang tinggi,” katanya.
Tertarik dengan tawaran itu, mereka menaiki kereta Nissan Teana bersama wanita terbabit untuk ke pejabat wanita itu bagi urusan tukaran wang.
“Malangnya, sampai ke lokasi kejadian, wanita itu memberhentikan kereta dan mereka didatangi 3 suspek warga asing menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan merampas beg sandang mengandungi duit yang ingin ditukar itu,” katanya.
Noor Azmi berkata, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa ditolak dan ditumbuk 3 lelaki terbabit sebelum mereka melarikan diri bersama wanita yang menawarkan urusan pertukaran mata wang asing itu menggunakan kereta Nissan Sentra.
Selain wang tunai, pelbagai dokumen penting turut berada dalam beg yang dilarikan 3 lelaki itu.
Beliau berkata, semakan polis mendapati kedua-dua kereta yang diguna dalam kejadian itu adalah kereta klon dan Nissan Sentra itu pula menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment