Ustaz Sharipuddin Ab Kadir
Taraf pemikiran rendah, lebih rendah dari rumput di padang ragut
APA kata kalau ada seorang pensyarah
undang-undang mendapati ada seorang pelajarnya hantar skrip jawapan
tulisan terbalik. Biasanya pelajar tersebut akan gagal dalam kertas
tersebut. Kalau lulus bermakna pensyarah itu ada sesuatu yang tak kena.
Atau mungkin pensyarah tersebut tak baca pun skrip jawapan. Markah
diberi secara timbang helaian kertas jawapan sahaja.
Tetapi tiada peruntukan undang-undang
yang menyatakan pelajar tersebut salah dari segi undang-undang. Alangkah
bodohnya kalau seseorang akademik berfikiran macam ini.
Kalau seorang akademik yang waras tidak
akan mengulas isu pasang bendera terbalik tidak salah dari segi
undang-undang kerana tiada dalam peruntukan undang-undang.
Apa kata kalau kita ke pasar mendapati
ada seseorang pakai stokin di kepala dan pakai ketayap di kaki. Biasanya
kurang siuman. Tiba tiba ada seorang kononnya pakar undang-undang
mendakwa orang tersebut tidak bersalah dari segi undang-undang kerana
tiada dalam peruntukan undang-undang bahawa perbuatannya salah.
Kenyataan sedemikian dari seseorang yang
dianggap pakar undang-undang nampak seperti kenyataan bodoh. Mereka
yang memasang bendera terbalik pun akan ketawa terbahak-bahak. Alangkah
bodohnya pakar tersebut. Kononnya nak menjaga dan menawan hati kami,
tetapi dengan cara yang bodoh.
Kesimpulannya biarkan si luncai dengan
labunya. Tokoh macam ini tidak layak untuk digelar sebagai ahli akademik
kerana memalukan bidang akademik. Lebih-lebih lagi tak layak untuk
dijadikan sebagai pemimpin. Taraf pemikiran rendah bahkan lebih rendah
dari rumput di padang ragut.
*Ustaz Sharipuddin Ab Kadir, YDP Isma Pasir Puteh
No comments:
Post a Comment