Zakaria Hanafi, 58, yang juga orang tempatan itu dipilih daripada enam nama yang disenarai pendek dikemukakan Umno Hulu Langat.
Mengumumkan nama Zakaria, Pemangku Pengerusi BN, Mohamad Hasan menggesa pengundi di Semenyih menjadikan PRK berkenaan sebagai referendum mereka terhadap prestasi yang ditunjukkan kerajaan PH.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi.
Nama Muhammad Aiman diumum sendiri Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, di Taman Pelangi sebentar tadi.
Dalam PRU ke-14 tahun lalu Bakhtiar merampas kerusi Semenyih dengan kemenangan selesa apabila mendapat 23,428 undi dan dipisahkan daripada pencabar terdekat dengan perbezaan 8,964 undi.
Kali ini kedua-dua parti pembangkang terbabit bersetuju meneruskan kerjasama dengan meletakkan satu calon saja.
Selain BN dan PH, Parti Sosialis Malaysia juga akan menyertai saingan tersebut dengan meletakkan calon mereka, Nik Aziz Afiq Abdul, 25.
Zakaria
berkhidmat di UKM di antara 2005 hingga 2016. Beliau memiliki ijazah
Sarjana Muda Pembangunan dari universiti sama pada 2001.
Muhammad Aiman pula baru berusia 30 tahun dan memiliki ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UiTM Shah Alam.
Ketika
ini dia sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dalam
bidang yang sama, juga di pusat pengajian tinggi sama.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu kini bertugas sebagai seorang jurutera.
"Saya merayu pengundi-pengundi untuk memberi undi kepada saya bagi memenangi PRK ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan