Sabtu, 16 Februari 2019

Syed Saddiq sengaja buat provokasi?

Muhammad Azizul Osman

Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. foto HAZROL ZAINAL,
 

KAJANG – Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa sengaja membangkitkan provokasi di hadapan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika selesai proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Demikian menurut Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papago yang memuatkan satu ciapan di Twitter membalas dakwaan daripada @TeamSaddiq.

“Nah inilah motif @SyedSaddiq yang sebenar. Dia sengaja turun dari kereta then jalan kedepan kemudian bila dah provoks penyokong BN dia turun balik dan driver dia rekod video untuk tunjuk konon nya penyokong BN serang dia.

“Aku ada tempat kejadian tadi. Shame on you lah Bro Sadiq,” tulis beliau.

provoke

Status itu dimuat naik selepas beberapa ciapan di Twitter mendakwa penyokong BN cuba mencetuskan kekacauan dengan menyerang Menteri Belia dan Sukan itu.

“YB @SyedSaddiq “diserang” oleh penyokong BN di Semenyih.

#tolakpolitiksamseng,” tulis Twitter @TeamSaddiq.

Dalam kejadian itu Syed Saddiq dipercayai dihembur dengan kata-kata makian seperti bangsat dan babi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialami Syed Saddiq yang dikawal rapi oleh pihak keselamatan. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: