Rabu, 20 Februari 2019

Sirul gagal dapat suaka politik dari Australia

MALAYSIAKINI

   
Mahkamah di Sydney menolak permohonan suaka politik bekas polis elit Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Seorang rakyat Malaysia rakan Sirul di Australia – yang enggan namanya disebut – berkata Sirul sebelum ini membuat permohonan itu di Tribunal Rayuan Pentadbiran di Sydney.

“Dia mahu dibebaskan dalam masyarakat Australia, dibebaskan dari tahanan supaya dia boleh masuk dan hidup dalam masyarakat Australia, kerana katanya jenayah dia adalah jenayah politik,” katanya.

Tribunal itu menolaknya, termasuk rayuannya, pada Isnis lalu atas alasan ia bukan jenayah politik.

“Terdapat alasan serius dengan mempertimbangkan pemohon melakukan jenayah serius bukan politik di Malaysia sebelum masuk ke Australia,” menurut tribunal itu.

Sementara itu, laporan jaringan media Australia ABC menyebut Sirul mungkin dihantar pulang ke Malaysia selepas negara ini memansuhkan hukuman mati.

Undang-undang Australia melarang penghantaran pesalah yang berdepan hukuman mati di negara asal.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Sirul dan Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya.

Pada 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada sabitan itu sebelum keputusan itu diketepikan Mahkamah Persekutuan.

Sirul bagaimanapunm tidak hadir ke mahkamah kerana telah melarikan diri ke negara itu.

Permintaan Malaysia agar Sirul diekstradisi ditolak Jabatan Peguam Negara Australia.

Tiada ulasan: