Khamis, 21 Februari 2019

Saksi Cek RM90 juta kini dipanggil SPRM, duduk jangan lari!



Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, di Kota Bharu, malam ini.

Menurut sumber Amanah Kelantan, bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) Salor itu akan ke Ibu Pejabat SPRM Kelantan, jam 9 malam.

"Ya betul, 9 malam ini, kami pun baru (tahu)," kata sumber yang enggan namanya disiarkan.

Difahamkan, Husam dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penerimaan dana Umno oleh beberapa pimpinan PAS yang kini sedang disiasat SPRM.

Sebelum ini Husam dalam banyak kenyataan dan ceramah berkata dia melihat sendiri cek RM90 juta tersebut.

Menurut berita juga sebelum ini Husam banyak kali mengelak daripada membuat kenyataan selepas SPRM giat mendapatkan maklumat daripada tertuduh dan juga yang menuduh dengan menyebut ada maklumat.

Mengikut sumber, beberapa orang lagi pimpinan AMANAH akan dipanggil oleh pihak SPRM selepas Husam Musa.

Duduklah di kerusi, jangan lari!

Tiada ulasan: