Khamis, 21 Februari 2019

SADDIQ ANIAYA SAHABAT SENDIRI – ASYRAF

Wartawan Watan-Online

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan tindakan yang Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis terhadap Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai perbuatan menganiaya sahabat sendiri.

Beliau berkata Syed Saddiq sanggup mengenepikan ikatan persaudaraan dengan membuat laporan palsu bagi mendapat kelebihan politik.

“Syed Saddiq pun berkawan rapat dengan Azri, sebab itu Azri pergi dekat dengan dia, peluk dia bukannya cekak, pegang bahu dia saja, cakap secara kawan sebab mereka memang kawan baik.
“Akhirnya kawan ini terpaksa meringkuk dalam lokap tiga malam.

“Ini satu penganiayaan dan bagi kami di Pemuda UMNO, kita ada sempadan dalam berpolitik,” katanya kepada media selepas menyertai Program Ziarah Kasih di Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang di sini Hulu Langat, Selangor pada Khamis.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata beliau sendiri tidak akan mempertahankan Wan Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo sekiranya benar beliau melakukan kesalahan.

Pada peringkat awal pun saya tidak akan pertahankan tapi terbukti dia tidak melakukan apa-apa yang mencederakan.

“Bila menteri buat laporan, tentulah pihak berkuasa pandang serius dan akhirnya kesan penganiayaan kepada Papagomo,” katanya.


Tiada ulasan: