Beberapa jam selepas pemimpin kanan PAS hadir memberi sokongan kepada Umno dan BN di Semenyih, maklumat baru didedahkan Dr Mahathir Mohamad agak mengejutkan.
Menurut perdana menteri, dalam pertemuan beliau dengan Presiden PAS semalam Abdul Hadi Awang memberi perakuan untuk tidak menyokong Umno.
Ditemui di Petaling Jaya hari ini Mahathir mendakwa pada asasnya beliau dan Abdul Hadi berbincang mengenai politik semalam.
Ditanya mengenai butiran lanjut, Mahathir berkata PAS tidak akan menyokong Umno lagi.
"Tak akan menyokong Umno, ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani," katanya.
Malaysiakini
sedang menghubungi PAS, termasuk Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin
Hassan, dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, yang
turut menghadiri pertemuan semalam, bagi mendapatkan pengesahan.
Ia berlaku sehari sebelum penamaan calon bagi PRK Semenyih di Kajang.
Semenyih tak sama Cameron
"Lebih bincang penyelarasan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
"Isu
Majlis Tindakan Ekonomi Negara, projek-projek ada di bawah kerajaan
pusat dan kerajaan negeri supaya tiada percanggahan," katanya.
Pertemuan semalam diadakan ekoran permohonan daripada Abdul Hadi.
"Cameron ni, PAS lawan DAP. Semenyih ni kita lawan bukan perkauman, (tapi) Melayu dengan Melayu dan kita serah kepada kebijaksanaan pengundi di situ, dan keperluan melihat kepentingan Melayu dan Islam."
Abdul Hadi juga menambah PAS akan melihat keadaan sama ada akan membantu BN selepas mendapat maklumat terperinci daripada PAS Selangor.
"Apa yang penting, kita mahu kedudukan orang Melayu dan Islam kuat," katanya.
Ditanya
mengenai isu calon pembangkang, Abdul Hadi menjawab: "Soal calon kita
tak ada hak sebab kita dah tarik diri dengan tidak bertanding."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan