THE MALAYSIAN TIMES
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 6 Mac untuk keputusan permohonan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad bagi membatalkan penyataan pembelaan difailkan Presiden Gerakan Muslimah Islam Malaysia (GMIM) Wan Asshima Kamaruddin.
Penyataan pembelaan itu adalah berkaitan saman dikemukakan Khalid berhubung tindakan wanita itu yang merakam, memuat naik atau menerbitkan sebuah video yang mengandungi kata-kata fitnah terhadapnya.
Peguam Muhammad Rafiqree Hamka, yang mewakili Khalid berkata tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad selepas pendengaran permohonan berkenaan di dalam kamarnya hari ini yang turut dihadiri peguam Wan Rohimi Wan Daud bertindak bagi pihak Wan Asshima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan