Sabtu, 16 Februari 2019

Penyokong BN rebah, meninggal di luar dewan penamaan calon


   

PRK SEMENYIH |  Polis memberitahu seorang penyokong BN rebah dan meninggal dunia di luar pusat pencalonan di Dewan Seri Cempaka pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mangsa dipercayai mengalami kesukaran bernafas.

"Saya masih menunggu maklumat lanjut, tetapi maklumat awal yang kami terima menunjukkan bahawa si mati berusia 50-an.

"Dipercayai dia mengalami sesak nafas, tetapi kami masih belum menerima sebarang pengesahan mengenainya," katanya kepada pemberita.

Ahmad Dzaffir berkata pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata seramai 733 anggota polis bertugas bagi memastikan proses pencalonan berjalan lancar.

Pilihan raya kecil pada Mac 2 untuk kerusi DUN Semenyih akan menjadi pertembungan empat penjuru.

Pakatan Harapan meletakkan Muhammad Aiman Zailani, yang merupakan anak menantunya penyandang allahyarham Bakhtiar Mohd Nor.

Sementara pesara pegawai pentadbiran UKM Zakaria Hanafi, 58 pula menjadi calon BN
Dua lagi calon yang bertanding ialah Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Kuan Chee Heng (bebas).

Tiada ulasan: