Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Muhammad Faiz Na’aman berkata kenyataan terbuka Boo menerusi media itu “kurang ajar” kerana cuba menidakkan sumbangan Dr Mahathir kepada kejayaan PH mengalahkan Barisan Nasional pada pilihan raya lepas.
Beliau menambah setiap pemimpin dalam gabungan itu boleh ditegur “namun biarlah beradab dan melalui saluran yang sewajarnya.”
“Dengan menyerang perdana menteri dari pihak kerajaan sendiri secara terbuka, anda bagaikan memberi peluru kepada pihak lawan dan bersifat khianat,” katanya dalam kenyataan.
Faiz bagaimanapun berkata Boo juga tahu perdana menteri serta jemaah menteri sedang bertungkus lumus untuk melaksanakan janji-janji tersebut selagi termampu.
“Apa pula yang anda lakukan selain beretorik mahu jadi hero parti sendiri?” katanya.
Boo dalam kenyataannya turut menyelar tindakan PPBM menerima bekas ahli Parlimen Umno dan menggesa pimpinan PH mengambil pendirian bersama membantah amalan sedemikian.
Faiz menepis hujah tersebut dan berkata venteran DAP, Lim Kit Siang sendiri boleh menerima bekas-bekas pemimpin Umno menyertai gabungan itu.
Beliau meminta Boo sedar idealisme sahaja tidak cukup jika PH ketepikan masyarakat Bumiputera dan Islam “yang mampu mempengaruhi jatuh bangun kerajaan”.“Menafikan tuntutan serta hak dari kelompok majoriti adalah resepi ke arah ketidakstabilan sosio-politik yang kelak boleh mengugat kelangsungan kerajaan PH,” katanya.
Beliau mewakili PPBM menuntut Boo meminta maaf secara terbuka dan menarik balik kecaman terhadap Dr Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan