Kain rentang
menolak kepimpinan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan mendukung Presiden PKR Anwar Ibrahim muncul di sekitar Kuala Lumpur.
Setakat ini, ia
dikesan dipamer di dua tempat, iaitu Bangsar dan Taman Permata, Kuala
Lumpur.
Di Bangsar ia
digantung di jejantas Jalan Bangsar, berdekatan stesen LRT Abdullah
Hukum.
Di Taman Permata
pula, difahamkan ia digantung di lebuh raya MRR2, berdekatan pasar
raya besar Giant.
Turut dimuatkan
gambar Anwar dan logo PKR.
Namun, setakat ini
belum terdapat maklumat pihak mana yang bertanggungjawab
menggantungnya.
Sementara itu, PKR
akan membuat laporan polis berkaitan penggantungan kain rentang itu.
“Pagi tadi, satu
kain rentang fitnah politik yang berniat jahat telah dinaikkan di
jejantas Jalan Bangsar di depan Apt Abd Hukum/Putra Ria.
“Saya telah arah
anggota PKR untuk segera turunkan dan buat laporan polis berkenaan
insiden ini,” kata anggota parlimen kawasan itu daripada PKR Fahmi
Fadzil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan