Kalau dilihat kembali sejarah penerbitan tulisan saya, akan kelihatan
cukup banyak rencana berkenaan pentingnya ada hubungan baik dengan PAS.
Saya belum lupa apa yang saya kagumi - atau pernah kagumi - dalam PAS.
Sebagai
satu parti politik, ia sangat unik. Mungkin ahli PAS sahaja yang
memilih untuk menjadi ahli parti politik bukan kerana motif politik
semata-mata.
Bagi ahli PAS, melibatkan diri dalam politik seumpama satu tugas suci.
Perbezaan
ini tidak patut dipandang remeh. Wujudnya aktivis bersemangat dari PKR,
Bersatu, Umno, DAP dan banyak lagi, tetapi kecenderungan ahli PAS
memang lain sikit daripada yang lain.
Semangat ini dulu dirasakan dari akar umbi sehingga pimpinan tertinggi PAS. Bagaimana dengan PAS hari ini?
PAS
hari ini yang telah menyelesaikan kes fitnah RM 90 juta di UK di luar
mahkamah, juga telah memecahkan tembelang dalam kes pembohongan Ahli
Jawatankuasa Pusat Nik Abduh Nik Aziz berkenaan rakaman suara beliau.
Deklarasi ‘kemenangan’ dedah kelemahan
Pada
2 Februari, PAS mengumumkan yang mereka akan selesaikan di luar
mahkamah kes saman fitnah mereka terhadap Claire Rewcastle-Brown, editor
Sarawak Report yang menyiarkan laporan mendakwa pemimpin PAS telah menerima RM 90 juta daripada Umno.
Dua
hari selepas itu, rakan-rakan saya mula mengirim gambar-gambar poster
yang dinaikkan di Segamat, memaparkan ucapan tahniah kepada Presiden
PAS, Abdul Hadi Awang atas ‘kemenangan’ beliau terhadap Sarawak Report.
Tindakan menaikkan poster ini mendedahkan kelemahan yang cukup ketara bagi pihak PAS.
Menafsirkan penyelesaian Abdul Hadi sebagai satu kemenangan tidak masuk akal. Rencana Sarawak Report
yang asal masih lagi disiarkan, tanpa sebarang pindaan, penarikan
ataupun pernyataan mohon maaf - seakan-akan apa yang dikatakan dalam
rencana itu semuanya benar.
Malang sekali, modus operandi PAS memutar belit kebenaran sudah mula sebati dengan darah daging mereka.
Seterusnya,
Nik Abduh berbohong secara terang-terangan tentang rakaman suara beliau
membincangkan dana yang diterima oleh PAS daripada Umno.
Putar belit yang dilakukan kepimpinan PAS berkenaan isu ini sama sekali tidak masuk akal.
Kenyataan oleh Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, cukup biasa dalam dunia politik.
Walau bagaimanapun, kenyataan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin pula sangatlah menghampakan.
Hashim,
penyandang jawatan yang dulunya dipegang oleh Allahyarham Tok Guru Nik
Aziz Nik Mat, menyatakan penipuan Nik Abduh ini halal, kerana dalam
konteks PAS diserang oleh pihak lain. Justifikasi yang dihujahkan adalah berdasarkan peristiwa Nuaym Masud.
Cukup
jelas saya bukan dari kalangan ulama, tetapi saya rujuk perkara ini
kepada rakan-rakan sekerja yang lebih arif berkaitan hal-hal ini.
Berdasarkan penyelidikan awal, saya dapati yang berbohong adalah dibenarkan dalam Islam apabila keadaan melibatkan nyawa.
Nukilan daripada Ihya' 'Ulum al-Din, yang dikarang oleh cendekiawan Parsi abad ke-11 Al-Ghazali, mengatakan:
“Memelihara
nyawa seseorang Muslimin adalah wajib, dan berbohong adalah dibenarkan
jikalau nyawa seseorang Muslimin itu terancam.”
Mantik ini boleh
diguna pakai dalam kes Nuaym Masud, di mana tindakan yang diambil beliau
bertujuan untuk mengelakkan peperangan dan menyelamatkan nyawa.
Adalah tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa Nik Abduh berbohong untuk mengelakkan pertumpahan darah.
Tafsiran
yang lebih mudah dipercayai adalah Nik Abduh sedar rakaman suara itu
akan mencemarkan reputasi beliau, lalu beliau cuba melepas diri dengan
berbohong.
Imej suci PAS tercemar PAS
dan pihak-pihak lain memang berhak mengkritik tindakan Marzuki Yahya,
Timbalan Menteri Luar Negeri, yang cuba memalsukan ijazah sarjana
beliau.
Tetapi, pada masa yang sama, pembohongan Nik Abduh juga
tiada bezanya, malah lebih teruk lagi, daripada kes pemalsuan kelulusan
Marzuki.
Kejujuran adalah sifat teras yang diterapkan bukan sahaja dalam Islam, tetapi agama-agama lain juga.
Jikalau
pemimpin PAS seperti Nik Abduh pun tidak boleh berpegang kepada nilai
yang begitu asas ini, ditambah pula dengan pemimpin-pemimpin tertinggi
PAS lain yang dua kali lima sahaja berkucar-kacir mempertahankan
tindakan Nik Abduh, kita harus tanya - sejauh manakah integriti PAS
telah jatuh?
Yang pastinya, cukup jauh dari zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.
Pasti
ada sebabnya Allahyarham Tok Guru tegas menolak sebarang kerjasama
dengan Umno sepanjang hayatnya. Begitu mudahkah ajaran Allahyarham
dilupakan?
Berdasarkan pencapaian politik yang boleh dilihat hari
ini, boleh kira wajar juga, tindakan pimpinan Amanah untuk keluar dari
PAS beberapa tahun dahulu.
Malangnya, ini juga bermaksud bahawa
sudah tiada pimpinan dalam PAS sendiri yang berani berdiri teguh dan
menentang wabak ketidakjujuran yang melanda pimpinan PAS hari ini. Permainan PAS yang bingung
PAS nampak semakin keliru dan terumbang-ambing berkenaan soalan siapa sebenarnya sekutu politik mereka.
Katakan
mereka bercakap benar, dan pimpinan PAS berjumpa dengan Perdana Menteri
Mahathir Mohamad untuk menyatakan sokongan mereka terhadap beliau
sekiranya ada cubaan untuk jatuhkan beliau.
Jikalau perkara ini sahih, apa yang dimainkan oleh PAS ini?
Mereka
sepenuh hati menyokong calon Umno yang bertanding lawan Mahathir dalam
pilihan raya kecil. Pada masa yang sama, mereka juga menyatakan hasrat
untuk menyokong Mahathir dalam parlimen.
Ini kelihatan seperti talam dua muka.
Malaysia
pada hari ini memang mempamerkan dinamik politik yang agak kompleks.
Namun, sekiranya seseorang memandang tinggi prinsip teras beliau,
semestinya terendam sama basah, terampil sama kering.
Melihat
geliang-geliut PAS yang licik lagi pelik hari ini, kita hanya boleh buat
satu kesimpulan: bahawa PAS zaman ini tidak sama dengan PAS zaman
dahulu.
Cukup parah, apabila melihat presiden Amanah Mohamad Sabu
membaling kopiahnya akibat rasa kecewa dan marah dengan ‘pengkhianatan’
PAS. Kalau PAS tidak berubah, mungkin satu hari semua ahli-ahli PAS
akan membuat perkara yang sama.
PAS memang berhak untuk
menubuhkan parti politik berasaskan Islam, terutamanya dengan mengambil
kira konsep Islam sebagai ad-Din.
Dalam berbuat demikian, PAS
akan dinilaikan mengikut prinsip-prinsip Islam, yang boleh dikatakan
prinsip yang paling tinggi dan tegas.
Kalau mereka ingin
meyakinkan orang ramai bahawa pendekatan inilah yang terbaik, mungkin
mereka harus meletakkan balik integriti dan haluan politik yang jelas
sebagai asas perjuangan mereka.
* NATHANIEL TAN bekerja
di di EMIR Research, sebuah badan pemikir yang berfokuskan penyelidikan
polisi berteraskan data, ditunjangi nilai-nilai konsultasi, moderasi,
inovasi dan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan